Sunday 29 July 2012

pєრєlιhαяααи Dαи pєრʋlιhαяααи Bєяʋαиg Mαtαhαяι



"Beruang Matahari (sunbear) telah diisytiharkan oleh IUCN ( International Union for Conservation of Nature) sebagai haiwan terancam pada tahun 2007.Beruang ini banyak di dapati di kawasan hutan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, sabah dan Sarawak. Namun, pemburuan beruang ini secara haram telah mengakibatkan bilangan beruang ini menurun dengan mendadak.Beruang ini diburu kerana dikatakan dagingnya dapat menyembuhkan penyakit tertentu.Dalam satu seminar pemuliharaan alam yang dianjurkan oleh IUCN, seorang saintis telah mencadangkan supaya kaedah pengklonan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

ϟ  Saya kurang bersetuju dengan kaedah pengklonan kerana kaedah ini mempunyai lebih banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikannya. Memang tidak disangkal lagi bahawa kaedah pengklonan adalah kaedah yang paling cepat and paling berhasil. Tapi keberhasilan kaedah ini hanya untuk satu tempoh yang singkat dan kemudian akan mendatangkan kesan-kesan negatif. Kaedah ini juga mempunyai keburukan seperti :- 




Haiwan yang diklonkan akan 100% mengikut keadaan haiwan asal dari segi fizikal luaran dan dalaman. 100% tisu haiwan asal akan digunaknan untuk kaedah pengklonan. Jika haiwan asal mempunyai tompok dibadannya atau ditelinga kirinya, klon akan mewarisi tompok tersebut. Jika 50 haiwan akan diklonkan, kesemua haiwan itu akan memiliki tompok yang sama. Selain itu, klon akan dijangkiti penyakit yang sama sekiranya haiwan asal dijangkiti sebarang kuman dan virus. Pada akhirnya, klon juga akan mati seperti haiwan asal. 

 

 Walaupun dah banyak haiwan berjaya diklonkan tapi terdapat haiwan yang gagal disaat-saat akhir. Sebagai contoh haiwan yang bernama Noah. Noah ialah haiwan yang serupa dengan bison. Noah berjaya diklonkan tetapi malangnya kaedah ini gagal disaat-saat akhir. Noah telah mati selepas dilahirkan. maklumat lebih lanjut sila lihat point 3 ----> http://sainspop.blogspot.com/2010/11/5-hewan-kloning-yang-menyulut.html



Klon tidak semestinya mempunyai hayat yang panjang seperti haiwan asal. Haiwan asal adalah kejadian semula jadi dan ia mempunyai antibody yang tersendiri. Tetapi klon adalah haiwan yang dihasilkan oleh manusia dan ia boleh memganggu kejadian semulajadi. Even penyakit itu tak ada kat haiwan asal, tetapi setelah beberapa lama, klon itu pasti akan menghadapi penyakit-penyakit seperti organ gagal berfungsi. Dolly adalah haiwan pertama yang diklonkan. Pada awalnya Dolly hidup seperti kambing biri-biri asal tetapi dia telah mengalami masalah kesihatan. Maklumat lanjut sila layari link ini -----> http://sainspop.blogspot.com/2010/11/5-hewan-kloning-yang-menyulut.html  dan  http://www.tutor.com.my/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=1029&pub=estidotmy&sec=Semasa&pg=se_02.htm dan http://www.tempo.co/read/news/2003/02/16/0613178/Dolly-Domba-Hasil-Kloning-Akhirnya-Mati-Muda .


ϟ Selain pengklonan, terdapat penyelesaian lain yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kepupusan populasi beruang matahari seperti :- 



 Cara ini macam reserve satu kawasan
untuk banyakkan jumlah sunbear.
Dalam kata lain, sediakan tempat perlindungan.
Sebagai contoh orang hutan juga hampir
mengalami kepupusan, tetapi pihak kerajaan
telah mengambil langkah inisiatif bagi mengatasi
masalah ini dengan menubuhkan pusat perlindungan
di Sepilok, Sabah.




Penyelesaian ini sesuai ditujukan kepada
masyarakat di luar sana. Jika timbul kesedaran
dalam diri mereka, mereka akan menyokong sekiranya
sebarang kempen untuk menyelamatkan sunbear diadakan.
Setiap penyelesaian akan berjaya sekiranya mendapat
sambutan daripada masyarakat.




 Membina sebuah tempat yang sama seperti habitat
 asal sunbear agar sunbear2 liar yang lain dapat
datang ke tempat tersebut dan membiak.
Jika banyak sunbear datang ke tempat tersebut
 dan membiak, bilangan sunbear akan meningkat.
Setelah itu, sunbear2 tersebut boleh dipindahkan ke
pusat perlindungan agar populasi mereka terpelihara.




Pihak kerajaan dan pusat perlindungan haiwan memainkan
 peranan dalam penyelesaian ini. Mereka harus bertindak
segera sekiranya terdapat sunbear yang jatuh sakit.
Selain itu, mereka harus mengetatkan undang-undang
  atau mengharamkan pemburuan terhadap sunbear.
Sekiranya masih terdapat segelintir manusia yang
masih melakukan pemburuan haram, kerajaan harus
mengenakan denda atau hukuman yang setimpal
terhadap kesalahannya.


ϟ  Saya mempunyai beberapa cara untuk membawa masyarakat Malaysia menyedari tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan beruang matahari seperti mereka t-shirt dan topi yang mempunyai gambar beruang matahari. Jika orang ramai memakai t-shirt dan topi ini, mungkin mereka akan timbul kesedaran. Orang disekeliling mereka juga akan timbul kesedaran setelah melihat oarang memakai t-shirt dan topi itu. Selain itu, saya telah menghasilkan sebuah poster. Poster ini untuk ditampal di papan kenyataan sekolah-sekolah atau tempat-tempat awam bagi memberitahu orang ramai yang beruang matahari di negara kita akan pupus jika dibiarkan begitu sahaja.






0 comments:

Post a Comment