Monday 17 September 2012

ƨєяaиGმи vιяʋƨ PєრBʋиʋH bმяʋ



Satu virus pembunuh baru telah dilaporkan menjangkiti penduduk di negeri pantai timur. Virus ini dinamakan virus H1N80. Virus ini didapati merebak melalui bawaan udara dan sentuhan.  Cecair badan manusia telah dikenal pasti sebagai penyebab utama penyebaran virus ini. bagaimanakah anda ingin menyelesaikan masalah ini?

Cara saya menyelesaikan masalah ini ialah dengan " Mengawal Penyebaran Virus Pembunuh Ini. " kerana :-

ツ‏  Virus sangat susah untuk dihapuskan dan ia cukup cepat untuk melakukan pembiakan dan merebak ke tempat lain.



Terangkan bagaimana langkah tersebut dijalankan ?
Langkah mengawal penyebaran virus pembunuh ini dijalankan dengan cara :-

ツ‏ Orang ramai dinasihatkan agar tidak ke tempat-tempat yang sesak kerana virus H1N80 ini didapati merebak melalui udara dan sentuhan. Oleh itu, mengelakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang sesak seperti pasar adalah cara untuk mengawal penyebaran virus ini daripada terus membunuh.

ツ Orang ramai yang mengalami selesema, diwajibkan menggunakan penutup mulut ketika batuk dan bersin. ini kerana jika kita bersin dan batuk, virus akan merebak ke udara.


ツ Selain itu, tahap kebersihan juga amat dititikberatkan agar virus dapat dikawal. Jika bersin dan menggunakan tangan untuk menutup mulut, orang ramai harus membasuh tangan dan kemudian baru  boleh menyentuh barang-barang lain.


ツ Pihak kerajaan harun mengeluarkan perintah agar setiap penduduk yang tinggal di negara ini menjaga kebersihan tandas mereka terutamanya tandas awam. Tandas awam adalah tandas yang digunakan orang oarang ramai tidak kira kaum, oleh itu kebersihan tandas amat penting kerana kita membuang bahan kumbahan dari dari badan kita di situ.


ツ Bagi sebuah keluarga, jangan berkongsi barang seperti berus gigi, dan pemotong kuku. Orang ramai juga dinasihatkan jangan terlalu kerap berkongsi barangan kerana dikhuatiri barang-barang tersebut telah tercemar.


ツ Hand sanitizer adalah sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja pun. setelah menyentuh sesuatu barang, kita boleh menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan kita daripada virus. Ini kerana tangan adalah salah satu tempat dan punca virus merebak ke seluruh badan.







ツ  Kepada sesiapa yang mengalami kemalangan dan kulitnya luka, sila berjumpa dokter dengan segera atau basuh luka itu dan sapu iodine supaya tidak dijangkiti sebarang bakteria atau virus.

ツ  Pihak kerajaan harus melakukan pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penduduk pantai timur agar tahap kesihatan mereka dapat diketahui.




0 comments:

Post a Comment