Wednesday 26 September 2012

რʋTαƨι Gმjah Zმრαи pʋяBα





Di Tambun perak saintis telah menjumpai fosil spesies gajah liar yang besarnya hampir sekali ganda gajah malaysia (Elephas maximus hirsutus).spesies gajah itu dipanggil gajah minyak dimana ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan gajah malaysia.Setelah dianalisa sampel gajah tersebut,didapati punca kepupusan gajah tersebut adalah disebabkan oleh kesan mutasi pada gajah tersebut.2 KM daripada kawasan fosil tersebut, sainstis menjumpai lagi fosil gajah yang sama dan hasil kajian mendapati gajah ini juga mati dengan cara yang sama.





1) Ramalkan apakah jenis mutasi yang  menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus?terangkan.

ツ Mutasi Spontan.

♪  Mutasi spontan ialah mutasi yang berlaku secara spontan di alam semulajadi atau alam sekitar, tanpa campur tangan manusia. Oleh itu , mutasi spontan ini dikenali sebagai mutasi alam. Spesis gajah pada masa dulu tidak terdedah kepada bahaya yang berpunca daripada pembangunan atau habitat yang semakin sedikit yang disebabkan oleh pembalakan. Oleh itu, mutasi spontan lebih sesuai kerana mutasi ini berlaku tanpa campur tangan manusia. Mutasi spontan disebabkan oleh bermacam-macam. Antara lain penyebabnya adalah disebabkan oleh radiasi sinar kosmik, radiasi radioaktif alam, sinar ultraviolet, dan kesalahan genetik. Penyebab ini sudah wujud sejak dulu lagi dan masih menjadi salah satu penyebab gajah dan haiwan masa kini mati. 




2) Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah itu?


ツ Radiasi radioaktif dan sinaran ultraviolet merupakan salah satu penyebab mutasi ini berlaku. Radioaktif adalah bahan kimia. Mungkin ini berlaku kerana gajah-gajah tersebut terlalu lama terdedah di bawah sinaran-sinaran tersebut sehingga sel-sel atau antibody gajah tersebut rosak ataupun dimakan oleh sel-sel mutasi. Jika sel-sel yang sepatutnya melindungi gajah tiada, maka sel-sel mutasi ini akan membiak dan menyebabkan seluruh organ gajah bermasalah dan akhirnya daging gajah akan menjadi reput.




3) Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesis gajah zaman purba ini?


 ツ Spesis gajah purba ini mungkin mati disebabkan faktor lain seperti :-


♪  Kawasan persekitaran yang mempengaruhi. Kawasan persekitaran sangat penting untuk semua haiwan kerana ia merupakan habitat haiwan tersebut. Pada zaman dulu, gunung berapi sangat aktif . Dan mungkin gajah ini habitatnya di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi . Dan apabila gunung berapi meletup, gajah ini mungkin terkena batu yang jatuh dari atas gunung disebabkan gegaran dan lama kelamaan gajah zaman purba ini tertimbus dalam tanah. 




0 comments:

Post a Comment