Sunday 9 September 2012

BʋαH რαиGgα Di Dʋƨʋи pαK ιƨრαιL YaиG DijaиGkιTι pєиYakιT


Pokok-pokok mangga didusun Pak Ismail selalu dijangkiti penyakit dan kerap diserang serangga. Oleh itu buah yang dihasilkan semakin berkurangan dan tidak berkualiti . Keadaan ini menyebabkan hasil produktiviti pokok-pokok tersebut adalah rendah. Ramai pelanggan tidak lagi gemar membeli buah mangga dari dusun pak Ismail kerana buahnya banyak yang rosak dan busuk. Pak Ismail Menjadi semakin risau kerana hasil keuntungan ladangnya semakin berkurangan dari setahun ke setahun. Dalam keadaan sedih Pak Ismail datang berjumpa anda dan meminta pendapat anda dalam menyelesaikan masalah ini. 

kenalpasti masalah yang dihadapi oleh Pak Ismail? 

ツ Dusun mangga Pak Ismail diserang serangga seperti :-
♥  Lalat Buah
♥  Kumbang curculion
♥  Ulat pengorek batang
♥  Kumbang pengorek buah
♥  Kumbang belangkas
♥  Lelompat daun

ツ Diserang oleh penyakit yang biasa dihidapi oleh pokok mangga seperti:-

Penyakit Antranos Buah.
♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tanda seperti :-

♥Bintik-bintik hitam kecil timbul di permukaan kulit buah.
♥ Bintik-bintik hitam kecil ini kemudian membesar dan bercantum menjadi tompok-tompok hitam dan terdapat retak-retak pada tompok hitam itu.
♥ Dalam suhu yang lembab, tompok-tompok hitam itu diselaputi lapisan spora-spora berwarna merah muda dan biasanya dalam bentuk cecincin berpusar.  
♥ Pada musim hujan lebat, kulat-kulat yang ada di bahagian atas buah akan turun ikut aliran hujan dan kemudian ia menjadikan buah dijangkiti penyakit .
♥ Bila buah semakin matang, di hujungnya jadi hitam dan isinya reput adi warna keperangan dan kehitaman. 
♥ Antraknos menyerang buah matang di peringkat penyimpanan sebelum dipasarkan.
 



Penyakit Kulapuk Hitam 
   
♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tnda seperti :-

 ♥ Serangan kulapuk hitam ini kelihatan seperti tompok-tompok hitam seperti baldu dan ada di dalam berbagai-bagai bentuk sebesar 1 cm. 
 ♥ Tompok-tompok ini banyak, meliputi seluruh permukaan daun. 
 ♥ Terdapat di permukaan daun, dan terdapat pada tangkai dan ranting.
Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot) 


♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tnda seperti :-

 ♥ Penyakit ini seperti bintik gelap, keras serta berbentuk bulat.
 ♥ Bintik ini ada pada permukaan bawah daun. 
 ♥ Bintik ini berukuran 1 mm dan senang ditanggalkan dari daun. 
 ♥ Permukaan atas daun , bintik ini kelihatan kekuningan dan di tengahnya berwarna gelap. 
 ♥ Daun-daun pada dahan di bahagian bawah pokok sering diserang penyakit ini.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pak Ismail supaya ladangnya dapat diselamatkan ialah :-

 ツ Pak Ismail harus mencari cara untuk mengawal penyakit dan serangga yg menyerang dusun mangganya. 
ツ Setelah penyakit telah berhenti menyerang, Pak Ismail tetap kena jalankan pengawasan dengan teliti kerana mungkin penyakit itu akan menyerang kembali.

ツBagi masalah serangan serangga pula, Pak Ismail boleh menggunakan pelbagai jenis racun kulat yg bersesuai dengan serangga tersebut. Pak Ismail juga boleh mencantas dan musnahkan ranting yang diserang penyakit.
ツ Setelah penyakit dan serangga dapat diatasi, Pak Ismail boleh melakukan pembajaan yang betul dari semasa ke semasa untuk memberi nutrien yg mencukupi untuk tanah agar tanah tidak kehilangan nutrien.

ツ Jika Pak Ismail inginkan hasil yang lebih cepat, mungkin dengan kaedah cross breeding mampu menolong Pak Ismail. Maybe Pak Ismail boleh kacukkan mangganya dengan mangga yang lain supaya menjadi lebih manis dan besar. Dengan kaedah ini, Pak Ismail boleh dapat hasil yang cepat.
ツ Jika Pak Ismail rasa kaedah cross breeding tidak akan berkesan, dia boleh mencuba kaedah kultur tisu. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan seperti penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar dan cpeat. 

ツ Setelah melakukan kaedah-kaedah tertentu, dah mendapat hasil. Pak Ismail harus menghantar bilangan sampel dan kaedah persampelan Kementerian Pertanian Malaysia  bagi tujuan pemeriksaan agar buah mangga yg baru itu benar-benar berkualiti.

ツ Setelah Kementerian Pertanian Malaysia mengesahkan bahawa buah mangga tersebut benar-benar berkualiti dan elok untuk dimakan, Pak Ismail boleh mnjual mangga tersebut kepada pelanggannya.
 


  

0 comments:

Post a Comment