Wednesday, 26 September 2012

რʋTαƨι Gმjah Zმრαи pʋяBα





Di Tambun perak saintis telah menjumpai fosil spesies gajah liar yang besarnya hampir sekali ganda gajah malaysia (Elephas maximus hirsutus).spesies gajah itu dipanggil gajah minyak dimana ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan gajah malaysia.Setelah dianalisa sampel gajah tersebut,didapati punca kepupusan gajah tersebut adalah disebabkan oleh kesan mutasi pada gajah tersebut.2 KM daripada kawasan fosil tersebut, sainstis menjumpai lagi fosil gajah yang sama dan hasil kajian mendapati gajah ini juga mati dengan cara yang sama.





1) Ramalkan apakah jenis mutasi yang  menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus?terangkan.

ツ Mutasi Spontan.

♪  Mutasi spontan ialah mutasi yang berlaku secara spontan di alam semulajadi atau alam sekitar, tanpa campur tangan manusia. Oleh itu , mutasi spontan ini dikenali sebagai mutasi alam. Spesis gajah pada masa dulu tidak terdedah kepada bahaya yang berpunca daripada pembangunan atau habitat yang semakin sedikit yang disebabkan oleh pembalakan. Oleh itu, mutasi spontan lebih sesuai kerana mutasi ini berlaku tanpa campur tangan manusia. Mutasi spontan disebabkan oleh bermacam-macam. Antara lain penyebabnya adalah disebabkan oleh radiasi sinar kosmik, radiasi radioaktif alam, sinar ultraviolet, dan kesalahan genetik. Penyebab ini sudah wujud sejak dulu lagi dan masih menjadi salah satu penyebab gajah dan haiwan masa kini mati. 




2) Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah itu?


ツ Radiasi radioaktif dan sinaran ultraviolet merupakan salah satu penyebab mutasi ini berlaku. Radioaktif adalah bahan kimia. Mungkin ini berlaku kerana gajah-gajah tersebut terlalu lama terdedah di bawah sinaran-sinaran tersebut sehingga sel-sel atau antibody gajah tersebut rosak ataupun dimakan oleh sel-sel mutasi. Jika sel-sel yang sepatutnya melindungi gajah tiada, maka sel-sel mutasi ini akan membiak dan menyebabkan seluruh organ gajah bermasalah dan akhirnya daging gajah akan menjadi reput.




3) Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesis gajah zaman purba ini?


 ツ Spesis gajah purba ini mungkin mati disebabkan faktor lain seperti :-


♪  Kawasan persekitaran yang mempengaruhi. Kawasan persekitaran sangat penting untuk semua haiwan kerana ia merupakan habitat haiwan tersebut. Pada zaman dulu, gunung berapi sangat aktif . Dan mungkin gajah ini habitatnya di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi . Dan apabila gunung berapi meletup, gajah ini mungkin terkena batu yang jatuh dari atas gunung disebabkan gegaran dan lama kelamaan gajah zaman purba ini tertimbus dalam tanah. 




Monday, 17 September 2012

ƨєяaиGმи vιяʋƨ PєრBʋиʋH bმяʋ



Satu virus pembunuh baru telah dilaporkan menjangkiti penduduk di negeri pantai timur. Virus ini dinamakan virus H1N80. Virus ini didapati merebak melalui bawaan udara dan sentuhan.  Cecair badan manusia telah dikenal pasti sebagai penyebab utama penyebaran virus ini. bagaimanakah anda ingin menyelesaikan masalah ini?

Cara saya menyelesaikan masalah ini ialah dengan " Mengawal Penyebaran Virus Pembunuh Ini. " kerana :-

ツ‏  Virus sangat susah untuk dihapuskan dan ia cukup cepat untuk melakukan pembiakan dan merebak ke tempat lain.



Terangkan bagaimana langkah tersebut dijalankan ?
Langkah mengawal penyebaran virus pembunuh ini dijalankan dengan cara :-

ツ‏ Orang ramai dinasihatkan agar tidak ke tempat-tempat yang sesak kerana virus H1N80 ini didapati merebak melalui udara dan sentuhan. Oleh itu, mengelakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang sesak seperti pasar adalah cara untuk mengawal penyebaran virus ini daripada terus membunuh.

ツ Orang ramai yang mengalami selesema, diwajibkan menggunakan penutup mulut ketika batuk dan bersin. ini kerana jika kita bersin dan batuk, virus akan merebak ke udara.


ツ Selain itu, tahap kebersihan juga amat dititikberatkan agar virus dapat dikawal. Jika bersin dan menggunakan tangan untuk menutup mulut, orang ramai harus membasuh tangan dan kemudian baru  boleh menyentuh barang-barang lain.


ツ Pihak kerajaan harun mengeluarkan perintah agar setiap penduduk yang tinggal di negara ini menjaga kebersihan tandas mereka terutamanya tandas awam. Tandas awam adalah tandas yang digunakan orang oarang ramai tidak kira kaum, oleh itu kebersihan tandas amat penting kerana kita membuang bahan kumbahan dari dari badan kita di situ.


ツ Bagi sebuah keluarga, jangan berkongsi barang seperti berus gigi, dan pemotong kuku. Orang ramai juga dinasihatkan jangan terlalu kerap berkongsi barangan kerana dikhuatiri barang-barang tersebut telah tercemar.


ツ Hand sanitizer adalah sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja pun. setelah menyentuh sesuatu barang, kita boleh menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan kita daripada virus. Ini kerana tangan adalah salah satu tempat dan punca virus merebak ke seluruh badan.







ツ  Kepada sesiapa yang mengalami kemalangan dan kulitnya luka, sila berjumpa dokter dengan segera atau basuh luka itu dan sapu iodine supaya tidak dijangkiti sebarang bakteria atau virus.

ツ  Pihak kerajaan harus melakukan pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penduduk pantai timur agar tahap kesihatan mereka dapat diketahui.




Sunday, 9 September 2012

BʋαH რαиGgα Di Dʋƨʋи pαK ιƨრαιL YaиG DijaиGkιTι pєиYakιT


Pokok-pokok mangga didusun Pak Ismail selalu dijangkiti penyakit dan kerap diserang serangga. Oleh itu buah yang dihasilkan semakin berkurangan dan tidak berkualiti . Keadaan ini menyebabkan hasil produktiviti pokok-pokok tersebut adalah rendah. Ramai pelanggan tidak lagi gemar membeli buah mangga dari dusun pak Ismail kerana buahnya banyak yang rosak dan busuk. Pak Ismail Menjadi semakin risau kerana hasil keuntungan ladangnya semakin berkurangan dari setahun ke setahun. Dalam keadaan sedih Pak Ismail datang berjumpa anda dan meminta pendapat anda dalam menyelesaikan masalah ini. 

kenalpasti masalah yang dihadapi oleh Pak Ismail? 

ツ Dusun mangga Pak Ismail diserang serangga seperti :-
♥  Lalat Buah
♥  Kumbang curculion
♥  Ulat pengorek batang
♥  Kumbang pengorek buah
♥  Kumbang belangkas
♥  Lelompat daun

ツ Diserang oleh penyakit yang biasa dihidapi oleh pokok mangga seperti:-

Penyakit Antranos Buah.
♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tanda seperti :-

♥Bintik-bintik hitam kecil timbul di permukaan kulit buah.
♥ Bintik-bintik hitam kecil ini kemudian membesar dan bercantum menjadi tompok-tompok hitam dan terdapat retak-retak pada tompok hitam itu.
♥ Dalam suhu yang lembab, tompok-tompok hitam itu diselaputi lapisan spora-spora berwarna merah muda dan biasanya dalam bentuk cecincin berpusar.  
♥ Pada musim hujan lebat, kulat-kulat yang ada di bahagian atas buah akan turun ikut aliran hujan dan kemudian ia menjadikan buah dijangkiti penyakit .
♥ Bila buah semakin matang, di hujungnya jadi hitam dan isinya reput adi warna keperangan dan kehitaman. 
♥ Antraknos menyerang buah matang di peringkat penyimpanan sebelum dipasarkan.
 



Penyakit Kulapuk Hitam 
   
♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tnda seperti :-

 ♥ Serangan kulapuk hitam ini kelihatan seperti tompok-tompok hitam seperti baldu dan ada di dalam berbagai-bagai bentuk sebesar 1 cm. 
 ♥ Tompok-tompok ini banyak, meliputi seluruh permukaan daun. 
 ♥ Terdapat di permukaan daun, dan terdapat pada tangkai dan ranting.
Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot) 


♪  Penyakit ini mmpunyai tanda-tnda seperti :-

 ♥ Penyakit ini seperti bintik gelap, keras serta berbentuk bulat.
 ♥ Bintik ini ada pada permukaan bawah daun. 
 ♥ Bintik ini berukuran 1 mm dan senang ditanggalkan dari daun. 
 ♥ Permukaan atas daun , bintik ini kelihatan kekuningan dan di tengahnya berwarna gelap. 
 ♥ Daun-daun pada dahan di bahagian bawah pokok sering diserang penyakit ini.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pak Ismail supaya ladangnya dapat diselamatkan ialah :-

 ツ Pak Ismail harus mencari cara untuk mengawal penyakit dan serangga yg menyerang dusun mangganya. 
ツ Setelah penyakit telah berhenti menyerang, Pak Ismail tetap kena jalankan pengawasan dengan teliti kerana mungkin penyakit itu akan menyerang kembali.

ツBagi masalah serangan serangga pula, Pak Ismail boleh menggunakan pelbagai jenis racun kulat yg bersesuai dengan serangga tersebut. Pak Ismail juga boleh mencantas dan musnahkan ranting yang diserang penyakit.
ツ Setelah penyakit dan serangga dapat diatasi, Pak Ismail boleh melakukan pembajaan yang betul dari semasa ke semasa untuk memberi nutrien yg mencukupi untuk tanah agar tanah tidak kehilangan nutrien.

ツ Jika Pak Ismail inginkan hasil yang lebih cepat, mungkin dengan kaedah cross breeding mampu menolong Pak Ismail. Maybe Pak Ismail boleh kacukkan mangganya dengan mangga yang lain supaya menjadi lebih manis dan besar. Dengan kaedah ini, Pak Ismail boleh dapat hasil yang cepat.
ツ Jika Pak Ismail rasa kaedah cross breeding tidak akan berkesan, dia boleh mencuba kaedah kultur tisu. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan seperti penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar dan cpeat. 

ツ Setelah melakukan kaedah-kaedah tertentu, dah mendapat hasil. Pak Ismail harus menghantar bilangan sampel dan kaedah persampelan Kementerian Pertanian Malaysia  bagi tujuan pemeriksaan agar buah mangga yg baru itu benar-benar berkualiti.

ツ Setelah Kementerian Pertanian Malaysia mengesahkan bahawa buah mangga tersebut benar-benar berkualiti dan elok untuk dimakan, Pak Ismail boleh mnjual mangga tersebut kepada pelanggannya.
 


  

Wednesday, 15 August 2012

kL◕яιи DαLმm მιя Pαιp k◕T◕я pєиYєBab Kმиƨєя


 "Dakwaan ini telah mendapat perhatian stesyen-stesyen televisyen tempatan dan berita ini telah tersebar ke seluruh Negara.Stesyen tv swasta terutamanya telah menghebahkan bahawa penggunaan klorin berlebihan menyebabkan kerosakan berlaku pada sel dan seterusnya membebaskan radikal bebas. radikal klorin ini akan bergabung dengan sebatian semulajadi yang lain untuk membentuk karsinogen( bahan THM).bahan THM ini akan menyebabkan sel bermutasi menjadi kanser"

ღ  Jika saya seorang saintis yang terlibat dalam mengkaji dakwaan ini , langkah-langkah yang akan saya ambil bagi mengkaji dakwaan tersebut ialah :-

 ツ‏  Mengkaji kandungan tahap klorin di makmal supaya mendapat keputusan yang lebih jelas.

ツ‏  Menggunakan beberapa peralatan khusus mengkaji kandungan klorin.

ツ  Pergi ke kawasan perumahan yang didakwa penduduknya menghidap kanser akibat kandungan klorin dalam air dan ambil sampel air tersebut untuk dihantar ke pusat rawatan air.


ღ  Saya akan menggunakan beberapa cara untuk menentukan dakwaan ini benar-benar tepat seperti :-

 ツ‏  Berjumpa doktor yang bertanggungjawab merawat penduduk yang menghidap kanser yang didakwa berpunca daripada kandungan klorin yang berlebihan dalam air paip kotor. Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada doktor tersebut adakah kandungan klorin yang berlebihan merupakan punca utama penduduk itu menghidap kanser.

ツ  Mengkaji dakwaan ini dengan teliti agar tidak terlepas pandang maklumat yang penting.

 ツ  Saya akan mencari maklumat di internet berkaitan hal ini.

ღ    Bagi mententeramkan keadaan dan menyampaikan perkara sebenar kepada penduduk dan masyarakat secara damai, cara yang saya akan lakukan ialah :- 

ツ‏  Saya akan memberitahu perkara sebenar melalui rangkaian television seperti buletin utama tv3 . Ini akan lebih senang dan penduduk akan segera tahu akan keadaan yang sebenar if pengumuman dikeluarkan. 




 ツ  Mengeluarkan ‏arahan supaya kurangkan menggunakan air daripada paip kotor.  Penduduk juga disarankan menggunakan filter water atau penapis air.

  
   penduduk juga disarankan agar menggunakan air yang lebih berkualiti. Kawasan perumahan yang menerima bekalan air yang dirawat tidak perlu lagi menggunakan air dari paip kotor.


  Saya juga akan mengadakan kempen untuk memberitahu penduduk akan bahaya yang mereka akan hadapi sekiranya masih menggunakan air dari paip yang kotor. 


 SUMBER RUJUKAN :-  


ツ  http://bloxshit.blogspot.com/2009/09/bahaya-klorin-dalam-air.html

Sunday, 29 July 2012

pєრєlιhαяααи Dαи pєრʋlιhαяααи Bєяʋαиg Mαtαhαяι



"Beruang Matahari (sunbear) telah diisytiharkan oleh IUCN ( International Union for Conservation of Nature) sebagai haiwan terancam pada tahun 2007.Beruang ini banyak di dapati di kawasan hutan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, sabah dan Sarawak. Namun, pemburuan beruang ini secara haram telah mengakibatkan bilangan beruang ini menurun dengan mendadak.Beruang ini diburu kerana dikatakan dagingnya dapat menyembuhkan penyakit tertentu.Dalam satu seminar pemuliharaan alam yang dianjurkan oleh IUCN, seorang saintis telah mencadangkan supaya kaedah pengklonan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

ϟ  Saya kurang bersetuju dengan kaedah pengklonan kerana kaedah ini mempunyai lebih banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikannya. Memang tidak disangkal lagi bahawa kaedah pengklonan adalah kaedah yang paling cepat and paling berhasil. Tapi keberhasilan kaedah ini hanya untuk satu tempoh yang singkat dan kemudian akan mendatangkan kesan-kesan negatif. Kaedah ini juga mempunyai keburukan seperti :- 




Haiwan yang diklonkan akan 100% mengikut keadaan haiwan asal dari segi fizikal luaran dan dalaman. 100% tisu haiwan asal akan digunaknan untuk kaedah pengklonan. Jika haiwan asal mempunyai tompok dibadannya atau ditelinga kirinya, klon akan mewarisi tompok tersebut. Jika 50 haiwan akan diklonkan, kesemua haiwan itu akan memiliki tompok yang sama. Selain itu, klon akan dijangkiti penyakit yang sama sekiranya haiwan asal dijangkiti sebarang kuman dan virus. Pada akhirnya, klon juga akan mati seperti haiwan asal. 

 

 Walaupun dah banyak haiwan berjaya diklonkan tapi terdapat haiwan yang gagal disaat-saat akhir. Sebagai contoh haiwan yang bernama Noah. Noah ialah haiwan yang serupa dengan bison. Noah berjaya diklonkan tetapi malangnya kaedah ini gagal disaat-saat akhir. Noah telah mati selepas dilahirkan. maklumat lebih lanjut sila lihat point 3 ----> http://sainspop.blogspot.com/2010/11/5-hewan-kloning-yang-menyulut.html



Klon tidak semestinya mempunyai hayat yang panjang seperti haiwan asal. Haiwan asal adalah kejadian semula jadi dan ia mempunyai antibody yang tersendiri. Tetapi klon adalah haiwan yang dihasilkan oleh manusia dan ia boleh memganggu kejadian semulajadi. Even penyakit itu tak ada kat haiwan asal, tetapi setelah beberapa lama, klon itu pasti akan menghadapi penyakit-penyakit seperti organ gagal berfungsi. Dolly adalah haiwan pertama yang diklonkan. Pada awalnya Dolly hidup seperti kambing biri-biri asal tetapi dia telah mengalami masalah kesihatan. Maklumat lanjut sila layari link ini -----> http://sainspop.blogspot.com/2010/11/5-hewan-kloning-yang-menyulut.html  dan  http://www.tutor.com.my/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=1029&pub=estidotmy&sec=Semasa&pg=se_02.htm dan http://www.tempo.co/read/news/2003/02/16/0613178/Dolly-Domba-Hasil-Kloning-Akhirnya-Mati-Muda .


ϟ Selain pengklonan, terdapat penyelesaian lain yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kepupusan populasi beruang matahari seperti :- 



 Cara ini macam reserve satu kawasan
untuk banyakkan jumlah sunbear.
Dalam kata lain, sediakan tempat perlindungan.
Sebagai contoh orang hutan juga hampir
mengalami kepupusan, tetapi pihak kerajaan
telah mengambil langkah inisiatif bagi mengatasi
masalah ini dengan menubuhkan pusat perlindungan
di Sepilok, Sabah.




Penyelesaian ini sesuai ditujukan kepada
masyarakat di luar sana. Jika timbul kesedaran
dalam diri mereka, mereka akan menyokong sekiranya
sebarang kempen untuk menyelamatkan sunbear diadakan.
Setiap penyelesaian akan berjaya sekiranya mendapat
sambutan daripada masyarakat.




 Membina sebuah tempat yang sama seperti habitat
 asal sunbear agar sunbear2 liar yang lain dapat
datang ke tempat tersebut dan membiak.
Jika banyak sunbear datang ke tempat tersebut
 dan membiak, bilangan sunbear akan meningkat.
Setelah itu, sunbear2 tersebut boleh dipindahkan ke
pusat perlindungan agar populasi mereka terpelihara.




Pihak kerajaan dan pusat perlindungan haiwan memainkan
 peranan dalam penyelesaian ini. Mereka harus bertindak
segera sekiranya terdapat sunbear yang jatuh sakit.
Selain itu, mereka harus mengetatkan undang-undang
  atau mengharamkan pemburuan terhadap sunbear.
Sekiranya masih terdapat segelintir manusia yang
masih melakukan pemburuan haram, kerajaan harus
mengenakan denda atau hukuman yang setimpal
terhadap kesalahannya.


ϟ  Saya mempunyai beberapa cara untuk membawa masyarakat Malaysia menyedari tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan beruang matahari seperti mereka t-shirt dan topi yang mempunyai gambar beruang matahari. Jika orang ramai memakai t-shirt dan topi ini, mungkin mereka akan timbul kesedaran. Orang disekeliling mereka juga akan timbul kesedaran setelah melihat oarang memakai t-shirt dan topi itu. Selain itu, saya telah menghasilkan sebuah poster. Poster ini untuk ditampal di papan kenyataan sekolah-sekolah atau tempat-tempat awam bagi memberitahu orang ramai yang beruang matahari di negara kita akan pupus jika dibiarkan begitu sahaja.






Thursday, 26 July 2012

Masalah Virus Di Taman Medan.




Masalah-masalah seperti ni timbul mungkin kerana beberapa sebab.

1.  Banyak kucing liar tempatan yang mati dan jumlahnya semakin berkurangan.
  • Kucing liar mati sebab populasi tikus tidak bertambah akibat virus ini .Rantai makanan atau ''food chain'' kucing terganggu kerana makanan utama bagi kucing liar adalah tikus.
2.  Jumlah beberapa spesis rumput liar didapati meningkat
  •  Rumput liar didapati meningkat ? Saya tak berapa pasti tapi mybe hal ini juga berkaitan. Bila tikus tak ada kucing akan mati. Bila kucing mati, rumput bertambah kerana kucing mungkin akan makan rumput kerana tikus tak ada .
3. Virus tersebut tidak lagi berkesan kerana bilangan tikus semakin bertambah di kawasan Taman Medan.
  •  Mungkin virus tersebut sudah tidak sesuai digunakan di Taman Medan. Sesuatu bahan tidak akan kekal lama di satu tempat. Mungkin jika digunakan di Kota Damansara, virus ni akan  menampakkan kesan yg berbeza. 
4.  Haiwan peliharaan penduduk di Taman Medan iaitu kucing didapati mandul.
  •  Mungkin kucing telah dijangkiti virus tersebut kerana memakan tikus. Virus ini mungkin telah merebak ke seluruh organ2 dan mmberi kesan kepada kucing.


 So now kita cakap pasal cara nk atasinya . 

1. Step pertama, kita harus mengkaji semua maklumat tentang virus ini. Dapatkan maklumat yang tepat dan berguna.

2. Step kedua, Sebelum dikeluarkan dalam masyarakat utk kegunaan mreka, kita harus hantar sampel ke makmal bio dalam or luar negara untuk pemeriksaan dan tahap keselamatan.

3.  Step ketiga, kita harus menyediakan ubat atau penawar bagi virus tersebut jika berlaku keadaan seperti di atas.

4. Virus ni mybe akan mendatangkan kesan lebih buruk, if step 1-3 tak mandatangkan hasil  kita kena hentikan penggunaannya or musnahkn je terus.